KOD PRODUK: SB18
HARGA PASARAN: RM55.00
HARGA DISKAUN: RM44.40
POS RM5 UNTUK SELURUH MALAYSIA. POS PERCUMA UTK RM150 KE ATAS.
KANDNGAN: 60GRAM
Krim Herbanika Barut Nona Roguy digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Ramuan asli seperti serai, beras, halba dan buah pala yang terkandung di dalam produk ini turut berkesan untuk meredakan ketegangan otot, penyakit sendi dan masalah angin dalam badan.
Kebaikan Krim Herbanika Barut Nona Roguy
- Mengatasi masalah angin dalam badan
- Membantu melegakan ketegangan otot dan penyakit sendi
- Mengecutkan rahim bagi ibu bersalin
- Membantu menyingkirkan darah nifas dan kotoran dari rahim
- Mengembalikan ketegangan kulit tubuh yang kendur terutamanya pada bahagian perut
- Mengurangkan kesan kedutan, parut dan regangan pada perut
- Mengempiskan perut yang buncit
- Merampingkan pinggang
Kandungan Krim Herbanika Barut Nona Roguy
Beras (Oryza Sativa): Beras bukan hanya menjadi makanan ruji masyarakat di Malaysia, malah mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang berupaya menyingkirkan sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit anda agar ia kelihatan lebih remaja dan berseri.
Buah Pala (Myristica Fragrans): Buah Pala berkesan untuk meredakan kesakitan pada perut, melancarkan saluran pencernaan, mengatasi masalah tidur, dan merawat kulit yang berjerawat.
Serai (Cymbopogon Citratus): Serai bersifat antioksidan, antikulat dan antibakteria yang berupaya mencegah jangkitan mikroorganisme selain membantu merawat luka. Selain itu, serai juga berperanan merawat ketegangan otot dan penyakit sendi di samping membantu menstabilkan tekanan darah dan menyingkirkan toksin sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman Serai juga berupaya mengatasi masalah kulit berminyak serta membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.
Beras Pulut (Oryza Glutinosa): Beras pulut telah diperakui sejak zaman dahulu akan khasiatnya untuk mencantikkan kulit. Ia berupaya menanggalkan kotoran dan sel kulit mati serta memelihara kehalusan kulit, mengurangkan kesan parut di samping mencerahkan kulit.
Halba (Trigonella Foenum-Graecum): Halba yang dikenali sebagai Fenugreek ini mampu mengurangkan paras kolestrol yang tinggi serta meningkatkan tahap kolestrol baik atau HDL, di samping meredakan penyakit sendi dan jantung, membantu melindungi organ hati daripada jangkitan serta melancarkan sistem pencernaan. Ramuan yang kaya dengan serat ini turut berupaya menstabilkan paras gula dalam darah, membuang angin dalam badan, mengawal selera makan, melancarkan proses penghadaman serta meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Lilin Lebah (Beeswax): Beeswax atau cera alba merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah daripada kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
Cara Penggunaan Krim Herbanika Barut Nona Roguy
- Gunakan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
- Ambil 2 inci Krim Herbanika Barut dan sapukan pada bahagian yang dikehendaki seperti perut dan pinggang.
- Jauhkan dari kanak-kanak.
- Simpan di tempat yang dingin dan kering.
Brp ml
BalasPadamshafi: maaf stok ni dah habis.. tak dapat nak check berapa ml..
assalamualaikum...
BalasPadambulan 10 ni dah ada ke stok herbanika barut krim ni?
Ade dtok x yg ni?
BalasPadamada stok ..tinggal 18 unit je lagi..
BalasPadamwasaalam.. stok krim herbanika barut dah ada.. tinggal 18 unit je lagi..
BalasPadam