Kapsul Minyak Kelapa Dara Plus Habbatus Sauda - Shafi Malaysia

Shafi Malaysia

Kesihatan & Kecantikan

test banner

Terbaru

Post Top Ad

Harga Promo, SMS/Whatsapp ke 016-9054888.

22 September 2011

Kapsul Minyak Kelapa Dara Plus Habbatus Sauda

Kapsul Minyak Kelapa Dara Organik diperkaya dengan gabungan minyak kelapa dara dan Habbatussauda yang berupaya membantu meningkatkan tahap tenaga dan daya ketahanan tubuh serta sesuai dijadikan makanan tambahan bagi membantu memelihara kesihatan secara menyeluruh.

Khasiat Kapsul Minyak Kelapa Dara Organik

  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit
  • Menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam tubuh
  • Membantu menyingkir toksin dan racun dalam tubuh
  • Membantu membasmi mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang membawa penyakit
  • Menggalakkan keupayaan mental
  • Melancarkan peredaran dan tekanan darah
  • Memelihara kecantikan kulit

Kandungan Kapsul Minyak Kelapa Dara Organik

Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia rendah kalori dan mengandungi sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic yang terbukti mempunyai khasiat untuk kesihatan dalaman dan luaran. Minyak kelapa dara berupaya meningkatkan daya ketahanan tubuh, melindungi tubuh daripada radikal bebas, merawat sel kulit, meningkatkan tenaga fizikal dan mental, membasmi virus dan bakteria terutamanya pada bahagian intim, memelihara saluran pencernaan, serta mencegah risiko penyakit jantung. Selain itu, minyak kelapa dara juga bertindak meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium, mencegah penyakit osteoporosis, menstabilkan tekanan darah, menghalus dan melembapkan kulit, serta melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.

Habbatussauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang mempunyai sifat antioksidan ini turut berupaya membekalkan tenaga jasmani, melancarkan peredaran darah, mencegah kerosakan sel, mengatasi masalah pernafasan serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah dari serangan penyakit.

Cara Penggunaan Kapsul Minyak Kelapa Dara Organik

  1. Bagi dewasa: Ambil 4 biji sekali makan, setiap pagi dan malam
  2. Bagi kanak-kanak: Ambil 2 biji sekali makan, setiap pagi dan malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad

HARGA PROMO, SMS/WHATSAPP KE 016-9054888.